Thursday 1 December 2011

Doaku pinta....


Ya Allah..
Andai dirinya jodohku yang telah tertulis di Loh Mahfuz..
Andai terciptanya diriku ini dari tulang rusuknya..
Andai telah Engkau takdirkan dirinya untuk diriku..
Satukanlah hati kami berdua..
Lembutkanlah hatinya untuk diriku..
Kupohon padaMu Ya Allah..
Kuatkanlah cinta kami sebagaimana kuatnya cinta Adam & Hawa..
Mengertilah bahawa diri ini amat menyayanginya dan mencintainya..
Amin....

Buatmu wahai kekasihku...
Maafkanku, andai kehadiranku punca goyahnya Imanmu..
Maafkanku, andai kehadiranku punca hatimu merana..
Maafkanku, andai kehadiranku punca lalainya hatimu..
Sungguh, itu bukanlah niatku...
Kerana tidak pernah niatku untuk mengatur hatiku untuk mencintai dirimu..
Dan harapku agar dirimu juga punya rasa yang sama...

Cinta Kita



Dalam bercinta ada duka..
Biar duka menambah cinta..
Dalam kasih ada sakit..
Biar sakit menjadi sakti..
Untuk menambah sayang dihati..
Biar hati berkata-kata..
Untuk menempuh derita kita..
Jgn biar jarak menjadi sebabnya..
Jgn biar tidak berjumpa menjadi puncanya..
Jgn biar tidak berbicara menjadi durinya..
Yang penting hati kita tetap bersama..

~air mata menjadi sungai cinta~

Wednesday 7 September 2011

Hope de seseorang di sisi ^.^

"Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan...Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati...Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan"

Dari aku untuk dia..

Isi Hati Wanita
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dri dia mendoakan ibukan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibubapanya kerana di telapak itu syurganya...


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong ingatkan s dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta dikala cita-cita belum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong sedari padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong sedari padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalanya..
Tolong sedari padanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya..


Tolong nampakkan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong nampakkan pada si dia, aku dambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong nampakkan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia manjaga hubungan denagn Yang Maha Esa...
Tolong nampakkan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri....


Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa dia....
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa yang memasuki Taman Larangan dengan sopan santunnya dan memetikku...
Simpanlah pesananku andai dia ditakdirkan untukku..


Andainya dia Fadzli Najmi

Monday 5 September 2011

Alahai Blog

Ntah nape ntah tergerak pulak ati nak buat blog nie..
emm.. saje2 je.. maybe untuk bacaan aku seorang je..
sekadar diari hati...
maybe...