Wednesday 7 September 2011

Dari aku untuk dia..

Isi Hati Wanita
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dri dia mendoakan ibukan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibubapanya kerana di telapak itu syurganya...


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa...
Tolong ingatkan s dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta dikala cita-cita belum terlaksana...
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong sedari padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong sedari padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalanya..
Tolong sedari padanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya..


Tolong nampakkan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong nampakkan pada si dia, aku dambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong nampakkan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia manjaga hubungan denagn Yang Maha Esa...
Tolong nampakkan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri....


Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa dia....
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa yang memasuki Taman Larangan dengan sopan santunnya dan memetikku...
Simpanlah pesananku andai dia ditakdirkan untukku..


Andainya dia Fadzli Najmi

No comments:

Post a Comment